About Me

My photo
aku bagaikn anak kecil dan sebtg pena. penulisan yg ntah ape isinya. lakaran yg ntah ape coraknya. sekejap lonjong sekejap bulat. tetapi aku masih mahu menari-narikan pena ku. tari-tari isi hatiku +__+

Tuesday, February 10, 2009

Takkan Berhanti

titis air menitis irama malam sunyi
selang hembus angin bagai sudi meneman hati
tetap berfikir adakah dia akan kembali?
menjadi peneman hati yang sudah mati

aku mencari dia si radarhati
dalam samar-samar dirinya sendiri
kukuh janji pada hati
tersungkur aku berlari bangun dan berdiri

andai kata satu hari nanti
aku tiada seperti dalam janji
percaya pada aku bahawa telah bermula perkara keji
yang tiada kuasa untuk aku tangani
yang tiada baris untuk aku tandingi
serapah mentera yang berjiwa gila
redha aku lantak puas hati mereka

biar sampai mata tertutup dan aku dikapan rapi
kekabu gugur ditepi tasik tak kan dpt ku sentuh lagi
dan untuk kamu si peneman hati
percaya bahawa kasih sakti untuk kamu tak kan berhenti
biar jasad aku dibawah tanah yang kamu berdiri

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates