About Me

My photo
aku bagaikn anak kecil dan sebtg pena. penulisan yg ntah ape isinya. lakaran yg ntah ape coraknya. sekejap lonjong sekejap bulat. tetapi aku masih mahu menari-narikan pena ku. tari-tari isi hatiku +__+

Wednesday, February 18, 2009

Cameron oh Cameron!













[me + u]
27.07.08 - my bday

Cameron Highlands







[ayu . notmi . siput]


[ayu . notmi . seema . lily]

time ni zaman2 uitm. ada yg g cameron buat research, ada yang jalan2 carik pasal. hehehe. rindu gile time2 ni. kalau ada mesin masa kan bagus. bole kembali zaman ni. huhuu.

Sayang Mereka!





Mohd Putra Mizan & Harith Mirza

Bunga LowProfile


ntah kenapa, aku suka sgt tgk bunga ni. may be sbb ia bunga yang low profile. dia kembang, cantik, segar.. tapi dia masih memandang ke bawah. sikap yang tak mendongak ke langit..

Kapal Terbang


kapal terbang, kapal terbang
terhempas.. terhempas..
masuk dalam parit, masuk dalam parit
meletup.. meletup..
(lagu time kanal-kanak dulu -sekitar 80an)

Kopi Satu



kopi susu, gula manis


tp yg dlm cup tu bkn kopi,
tu chocolate.
hehehe.
bejalan2 sambil minum kopi satu!
kat eyeonmalaysia, titiwangsa.

bile lg tah nk minum air neh..

Ular itu Snake!



Tuesday, February 10, 2009

Kolam Memori

kasar hempasan dengusan
rabak ruang fikiran dari melakar mimpi
bila asyik mendengar jeritan-jeritan bingit
dari dalam hati sendiri

meronta-ronta minta ditunjukkan kesungguhan
pada manusia yang aku letakkan harapan
tapi malangnya aku umpama menjerit didalam bilik kaca
atau aku ini menjerit tanpa suara?
bagaikan terkurung disitu
fikiran melayang lagi ke kolam memori
teringat bait-bait memori dulu

nah!
bertakung kelopak mata
sesungguhnya semua bagai dusta
benci bersarang membalut kolam memori
sudahlah, aku harus pergi!
namun, dengusan tetap bersilih ganti

Harapan

harapanku menari-nari terbang tinggi,
harapanku berlari-lari sekuat hati,
harapanku terus-terus terjatuh lagi,
harapanku terkandas digerabak mati,
harapanku menjerit-jerit sekuat hati,
harapanku cuma mendengar tangis sendiri,
harapanku mendongak ke langit tinggi,
harapanku merintih jiwanya sepi!

Wahai Hati

wahai hati..
jangan terlalu leka
jangan terlalu cepat gembira
semua yang kau rasa
mungkin sementera
semua yang kau warna
mungkin warna duka

wahai hati..
harus beringat
kau bukan siapa-siapa pada dia
kau belum layak berasa gembira
semua yang kau rasa
mungkin sementera
semua yang kau warna
mungkin warna duka

wahai teman hati..
percayalah
hanya kau yang aku nanti
pegang tangan - pejamkan mata - rasakan sesuatu

Ingin Ke Sana

tertarik-tarik aku kesana
membentak-bentak ingin pergi
bagaikan tercari-cari sesuatu
bagaikan sesuatu menunggu

bertemankan rasa yang ada
aku melakar garis kesana
bertemankan rasa yang ada
aku warnai hari-hari bersama

adakala lakaran garis itu bagai terputus-putus
fikiran mula berputar ligat
terhayun ke kiri kanan ruang
apa benar ini yang sedang aku lalui?
apa benar ini yang sedang aku warnai?

manusia yang sangat aku senangi
manusia yang sangat aku sayangi
mungkin ini yang menarik-narik aku kesini
mungkin ini yang aku tercari-cari

Pagi Rabu

sedut lembut udara pagi
sejuk ruang-ruang hidung
tak sangka aku hidup lagi
awan-awan tidak kelihatan mendung
bejalan, beborak, berlari-lari anak
dihujung jalan itu
oh selamat tinggal
jumpa lagi nanti
peluk erat mesra
pandangan mata silih beganti
menyusur jalan mengira masa
bejalan dan tidak berlari
anak-anak rambut menari di dahi
oh aku kembali lagi
meneruskan hari ini

Sesak!

nak kemana?
jalan-jalan..
nak kemana?
jalan-jalan la..
buat ape?
saje-saje..
buat ape?
saje-saje la..
kenapa?
sini sesak!
erm..
lari?
ye..
jauh dari bulan!

Sisa-Sisa

'ku mencintaimu lebih dari apa pun
meskipun tiada satu org pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku'

aku gulung lalu cepat-cepat botolkan
aku campak terus kedalam laut
wahai ombak beralun tinggi
bawa kan smua ini ketengah dadamu
sebarkan ke seluruh ruangmu
dan sampai satu masa nnt
berhentilah..
kerna disaat itu
dia telah terlalu jauh dari aku
dia telah terlalu kaku untuk aku
di saat aku menghabiskan sisa-sisa cinta

Cabut

semakin aku tak kenal mengenalimu
entah kenapa
kau nmpk berbeza
kau hujani hari-hari kita dgn hujan batu
tempias aku tekena sakit sakit
melihat gerak laku kau
telukis keluar apa dalam hati
kau ingin mencabut aku?
setelah aku kau lihat tertunduk layu?
sila kan..
cabut akar ku!

Sementara

aku menjenguk kedalam
takut-takut, sedikit tekejut
wajah mu masih tercermin didalamnya
lantas aku membalingkan batu
cuba hilangkan wajah itu
cuma goyang-goyang wajah sementara
kemudiannya tetap sama
tenggelam hilang si batu
tetap wajah mu disitu

Tipu

ye aku tipu kau
ye aku tipu kau
ye aku tipu kau

kataku kau cuma kawan
tp hakikatnya tidak
hati itu masih gitu
hati itu masih satu
masih lagi seperti dulu
masih lagi berlagu rindu

walau cahaya bulan itu dilitupi awan
masih tepancar cahayanya
terang dalam kelam

Berdiri Mencari Cahaya

disini..
hanya untuk secebis harapan
untuk aku melihat berdirinya seorg insan
tersuluh cahaya dimasa depan
senyuman terlakar kepuasan

tp aku manusia biasa
yang masih ada segala rasa
yang masih tau berasa marah
yang masih tau berasa luka

maafkan aku andai aku tersalah kata
maafkan aku andai aku tersalah bicara
tp aku masih lagi
berdiri mencari cahaya!

hey manusia!
kau pembunuhku!
kau penghancur hidupku!
kau pendusta janjimu!

kau sgt kejam!
kau dtg untuk membunuhku?
silakan!
jgn tangguh lagi!
lepas bunuh, aku mau kau pergi!
hilangkan diri!

kau pembunuhku!
kau senyum sambil menikam!
kau peluk aku sambil membenam!
pisau tajam tepat ke hati!
kau mahu aku mati!

lepas ini sila pergi..
aku tak mahu melihat kau lagi!

Tinggal Sendiri

Dahulu aku disitu tanpa kamu
Dahulu aku berbicara didalam hati
Dan kini aku kembali seperti dahulu
Diam sunyi bicaraku mati
Pergilah kau pergi jauh-jauh
Aku enggan lagi terjatuh
Oh!

*pecah teruk terjeruk peruk*

Bodoh!

Sudah hilang entah ke mana
Semua lenyap dari jiwa
Kosong mati rosak padan muka
Lari laju-laju, pergi!

07-07-07

malam keramat bertujuh?
terfikir sesuatu dulu,
untuk lalukan sesuatu ditarikh ini
melakar kisah diotak sendiri
bagai dongeng pari-pari
khayal gembira terbang tinggi

malam keramat bertujuh?
kini aku puas hati,
tercipta sesuatu dihari ini
biar tak ku tulis dalam diari
akan kekal ke hari mati
di rumah PENA aku berdiri

Makan Hati

aku menunggu, aku menghitung
aku memerhati, aku membaca
bicara langtang tanpa suara
ego tinggi mendabik dada!

aku menerima membabi buta
tanpa pemberi, tanpa kata
tercapai tanganmu, terlepas hati
langsung terus bicaraku mati

terluka hati ubat sendiri
terjerit-jerit!
aku makan hati..

Luka!

meronta-ronta
menjerit-jerit

gelisah rasa!
pedih perit!

menerjah masuk smua
menggigit-gigit sakit!
gigit hati sampai mati
berdarah-darah pedih!

luka luka luka aku luka!

Jiwa Jiwa Luka

jiwa jiwa luka
yang menjerit-jerit
yang meronta-ronta
walau kedengaran suara
tak siapa yang ambil kira

jiwa jiwa luka
yang terhiris-hiris
yang tergores-gores (bkn gores dan menang tau)
walau menitis darah merah
tak siapa tau jiwa itu marah

oh! tak perlu lagi berbahasa indah
oh! tak perlu lagi berlapik lidah

biar aku rasai letih jiwa ini
biar aku tanggung lemah jiwa ini

biarkan kunang-kunang itu menari dititi
biarkan rama-rama itu terbang tinggi

aku akan tetap berdiri sendiri
biar pun tak siapa fahami
jiwa jiwa luka ini

Anak Tiada Suara

melangkah aku bersuara bisu
mengheret perlahan sepatu kaku
melangkah aku ke ruang itu
terpandang susukmu di dinding batu

salam ku kau sambut malu-malu
kau senyum bagai hatimu tiada yang pilu
lincah kau berlari dari peganganku
badanmu berisi dari yang dulu

ruang itu terasa suam
salam peluk tangis bicara bergumam
ruang itu terasa sepi
duduk aku ditepi kau tegak berdiri

kau mesra denganku
aku layan karenahmu
kita bermain bagai tiada apa yang berlaku
jauh disudut hati ku
tawamu sebenarnya membuat aku sayu

berita itu membuat tawaku terhenti
tangis kakak mu menjadi-jadi
aku mula mengerti
tapi adakah kau turut mengerti?
apa yang sedang kita tangisi?

terbujur kaku jasad itu
dikatil besi menunggu waktu
bunyi tangis berirama sendu
cuaca sejuk disetiap penjuru
pantai lido empunya bayu

puas mereka mengajak
langsung kau tak mahu beranjak
dipinta kau mendekati jasad itu
kau langsung buat tak tahu
aku tak tahu apa yang kau rasakan
bicaramu tidak kedengaran

hatiku sayu melihat kau berkelakuan begitu
sepertinya kau menyimpan sesuatu
sepenuh tenaga aku mendukung
berhati-hati jangan sampai tersadung
rayuku padamu menyentuh jasad kaku
akhirnya kau akur dgn pintaku

lembut sentuhmu redha dan restu
sayang ayahmu 'kan pergi dulu
bicaramu tak siapa yang dengar
barismu terapung diruang legar
mungkin kau berdoa pada yang Satu
harap tenang Roh ayahmu
dengan adanya kau disisi ketika itu

teringin aku mendengar butir bicara
soal ku kau jawab dgn ntah apa cerita
angggukmu tanda faham
bicaramu bagai bergumam

mahu ku jerit padamu
lontarkan suara itu!
agar hajat ayahmu tercapai hendaknya
sebelum dia pergi ke pintu Syurga
mendengar kau bersuara
seperti manusia biasa

yakin aku sepenuh hati
kau akan bersuara satu hari nanti
agar dapat kau mengaji dipusara
biarpun kau menjejak tua

percaya pada aku wahai anak tiada suara
pemergian ayahmu bukan memberi derita
kuatkan semangatmu meniti senja
menjadi anak sihat sejahtera temani bonda
biar arwah ayahmu berasa bangga
diSana.

Lulu Sayang

lulu sayang
pergi mu aku kenang
manja mu aku terbayang
walau hati tak tenang

lulu sayang
sejuk bayu cuaca pagi
di tgh jln kau berdiri
agak lama aku memerhati
cepat kau berlari-lari
pada aku kau hampiri
sepertinya kau meminta simpati
'ayu, tolong bawa aku pergi'

lulu sayang
ingatkah kamu disuatu ketika
kita berjalan bersama-sama
merayau-rayau di kota
sampai kamu terlelap mata

lulu sayang
tubuhmu kecil ditapak tangan
aku usap kamu dengan senyuman
geletek perut mu kau cuba melawan
mengigit aku mengigit kawan

lulu sayang
pernah aku cerita padamu walau kamu haiwan
kamu punya seekor teman
sama namamu tinggalnya di kuantan
dijaga oleh seorang insan
yang turut berkongsi perasaan

lulu sayang
aku titis air dihujung jari
kau kelihatan dahaga sekali
perlahan aku usapi dahi
kamu pulang kehadrat Illahi
pergimu tak kan kembali
pergimu aku temani
hingga kamu hembus nafas akhir dimalam sepi
hatiku sayu menangis lagi
hatiku rajuk bila kau pergi
tingaalkan aku seorang diri

Buat Dia Si Radarhati

sumpah aku tak mengerti
apa yg tersirat dihati
irama bisu apa yg sdg kau tari
lagaknya seperti berteka teki

sering kali kau cuba melangkah ketepi
mencari apa aku sendiri tak pasti
batu yg kau kutip, kau lambung tinggi-tinggi
tp batu jatuh terkena pada kau sendiri

puas aku menjerit
ketepi! ketepi!
sila bgn dan pergi!
batu akan jatuh lagi!

kau pandang lalu bersahaja
mungkin kau fikir aku berpujangga
meluahkan sesuatu dgn jerit suara
dan disaat itu batu jatuh dikepala
mula kau kata, kau perlukan masa

hmm..
jauh disudut hati
ingin aku menjerit lagi

bgn dan berdiri!
lontarkan apa yg ada dlm hati!
jujur pada yg jujur sampai mati!
lari lah kau mencari temanhati!
nun jauh disebuah negeri!

kerana temanhati kau percaya
satu hari kelak kau akan berjaya
mencapai kehendak dan cita
temanhati akan turut berbangga
biarpun dia terluka

Takkan Berhanti

titis air menitis irama malam sunyi
selang hembus angin bagai sudi meneman hati
tetap berfikir adakah dia akan kembali?
menjadi peneman hati yang sudah mati

aku mencari dia si radarhati
dalam samar-samar dirinya sendiri
kukuh janji pada hati
tersungkur aku berlari bangun dan berdiri

andai kata satu hari nanti
aku tiada seperti dalam janji
percaya pada aku bahawa telah bermula perkara keji
yang tiada kuasa untuk aku tangani
yang tiada baris untuk aku tandingi
serapah mentera yang berjiwa gila
redha aku lantak puas hati mereka

biar sampai mata tertutup dan aku dikapan rapi
kekabu gugur ditepi tasik tak kan dpt ku sentuh lagi
dan untuk kamu si peneman hati
percaya bahawa kasih sakti untuk kamu tak kan berhenti
biar jasad aku dibawah tanah yang kamu berdiri

Mendaki Puncak Bulan

akulah pendaki
yang mendaki sepenuh hati
seketika aku berhenti
mengelap peluh dahi
dadaku berombak lagi
tak sabar temui harapan tinggi

hadirku telah dikhabarkan
janji akan aku kotakan
menemuimu dgn sebuah harapan
walau aku keletihan
aku cuba teruskan pendakian
ditemani aku dgn degupan
doakan aku si hamba Tuhan

dipuncak akan bertemu
harapan ku cuma satu
hampir dgn bulan dipuncak itu
menggapaimu?
aku belum tentu
andai kau perlukan aku
hulurkan aku tali ke langit itu

Jalan

bila hati penuh dgn rasa utk dia
sedia ada utk aku disitu
kerna aku akan sedia ada utk dia di situ juga
biar apa yg dia perkatakan
biar apa yg org perdebatkan
aku pekak demi dia
aku bisu demi dia
bangun bila jatuh
bangun dan berpimpin
lalui jalan itu
sama-sama

dia gadis yang berhati pilu
bagai merdu irama kaku
jadi sendu
takkala siang dan malam bersatu
punca kesetiaan nipis si pemuda 'pemalu'
berbahasa gaya anak melayu

john lennon kertas melekat dikayu
saksi gelap si gadis dan pemuda 'pemalu'
dengan jarak beribu batu
hati meraung kononnya rindu
setia si gadis pada pemuda 'pemalu'
pemuda kata dia pun begitu
si gadis bendul tak tahu dirinya ditipu

kelip bintang malam jadi sayu
hilang terang senasib si gadis berhati pilu

Kelabu

mengantuk wajah ibu menyiapkan sarapan pagi
yang dia tahu, ke sekolah kau akan pergi
mengharapkan kau pergi belajar
tapi video game yang kau kejar
berlapis bajumu setiap hari
senang nak tukar di tandas nanti
di telinga, rokok diselit sebatang
berjalan masuk bagai itik pulang petang
senda tawamu nampak bahagia
langkahmu menghancurkan harapan keluarga
duit yang diberi ibu
kau bayar untuk video game setiap waktu
adakah itu salah aku?
atau salah ibumu?
pilih salah satu
kau warna putih atau kelabu?

dem u!

Jam Satu

munculmu setiap jam satu
membimbit beg hitammu
tubuhmu berbaukan debu
berjalan entah kemana tuju
kening diangkat dimuka pintu

letih matamu
kusut wajahmu

senyummu minta diberi pelindung
begmu entah apa tekandung
jalanmu pelahan jangan tesadung

dimeja itu kau beteleku
menongkat dagu
lelahmu jadi satu
perlahan-lahan dirimu jadi kaku
lena tepejam membisu

kelak waktu pagi nanti
seawal ayam kokok tegak berdiri
kau bangun lalu pergi
mana tujumu aku tak pasti
katamu bekerja lagi
tapi aku tahu kau akan muncul lagi
jam satu pagi nanti
hadapan pintu kedai ini

;;

Template by:
Free Blog Templates