About Me

My photo
aku bagaikn anak kecil dan sebtg pena. penulisan yg ntah ape isinya. lakaran yg ntah ape coraknya. sekejap lonjong sekejap bulat. tetapi aku masih mahu menari-narikan pena ku. tari-tari isi hatiku +__+

Tuesday, April 28, 2009

Laut


Laut,
Tenang dan kdg kala bergelora.
Bergelora tak tentu hala?
Oh tidak.
Geloranya bermain di otak manusia.
Manusia bersuka ria di hadapannya.
Berteriak berlari-lari anak gembira.
Laut,
Tenang dan kdg kala menghempas diri.
Meluah perasaan hati?
Atau semula jadi?
Dan aku masih berdiri lagi.
Menanti kebahagiaan hidup sendiri.
ayu.shuhaimi

Cita-Cita vs Kerja

Masa kat sekolah dulu, cikgu slalu tnya ape cita-cita kita kan? Yang kita ni pun sibuk la fikir ape cita-cita kita. Sdgkan masa tu kita sndr tak tau sgt ape je bidang yang ada kat keliling kita ni, yang kita nk idam2kn sgt utk jadikan cita-cita kita. Dan mungkin ada jugak yang risau kalau cikgu marah bile kita tak de cita-cita sndr. So, masing2 tiru je ape yang kawan2 lain ckp. Sdgkan time tu kita sndr tak pasti, bole ke kita capai ke tahap tu?
Dan skang, adakah cita-cita yang kita sebut pada cikgu kat sekolah dulu tu adalah pekerjaan kita skang? Atau cita-cita dulu tu hanya jawapan utk satu quiz kat sekolah? Aku rasa tak smua org yang sebut cita-cita kat sekolah dulu sama dgn pekerjaan kalian arini. Kan?
Sama mcm aku. Dulu, time muda2 (sekolah rendah) aku adalah salah satu murid yang tatau nk pilih cita-cita aku. Aku bkn nye ada sape2 utk aku jd kn idola yg beriye sgt nk pilih cita2. So, mcm yg aku ckp td.. Aku ikut je ape yang majoriti kat dlm kelas aku jwb. Mostly bila cikgu tnya, 'Apa cita-cita kamu dah besar nnt?' haa.. time tu aku dh start doa harap2 aku tak kan jd org pertama utk di soal. Biasanya murid dlm kelas akan ckp, 'Cita-cita saya nk jd CIKGU' heuheuee. Jawapan lain tade.. yang paling femes pn, Cikgu / Doktor / Jururawat. Lucu pn ada rasanya kalau di ingat2 kembali. Time tu yg pandai2 smua jawab Doktor. Yang bengap-bengap ayam smua jawab Cikgu / Jururawat. Kehkehekee. Dari situ pn tau tgk dh level kita dlm kelas kan? Dan aku,... adalah salah sorg yang jwb Cikgu! Play safe! Hahahhaaa.. sbb nye, aku tak dpt fikir pekerjaan lain dan aku amek keputusan utk tiru jawapan majoriti. Supaya aku lepas dari soalan cikgu. Kang kalau jawab yang pelik2 kang, cikgu sibuk je nk tnya bnyk2. Hehehe.
Bile dh masuk sekolah menengah, baru otak mula bekembang. Baru dtgnye minat. Baru tau serba sedikit. Dan aku terus kayuh utk masuk Universiti walaupun aku masih berminat utk ponteng sekolah dan panjat pagar dgn kwn2. (Bab ni nnt aku cite lain) hehhe.
Actually time masuk UiTM pun aku tak brape familiar dgn bidang2 yang dorg tawarkan. Tapi aku, cuma ada satu minat. Iaitu Seni. So, aku pilih Seni Lukis Seni Reka yang aku sndr tak tau kemana arah bidang ni sbnrnya. (Jgn pelik ye. Sbb aku, mmg idup berdikari. Takde sape yang bole aku harapkan utk duduk bebincang atau bercerita dgn aku ttng smua hal. Aku kena berfikir sndr.. sampai skang) Tapi, utk masuk Semester 3, aku kena pilih cabang dalam seni lukis seni reka. Dan DIA telah gerak kn aku utk masuk ke bidang Grafik. Alhamdulillah, nmpknya mmg aku minat bidang ni. Bersyukur sgt2 pada DIA sbb tunjukkn aku jalan. Dan skang aku dh berkerja sebagai Graphic Designer selama 4tahun =)

Kesimpulannya skang, adakah cita-cita anda yang dulu sama dgn perkerjaan anda skang??
Jawapan aku : Oh, tidak sama sekali! Aku tak pandai mengajar.

ayu.shuhaimi

Thursday, April 23, 2009

Ayu Love Nature - 3






























Location : Gunung Besar Hantu, Jelebu, Negeri 9
Description : Mendaki gunung bersama Anak Alam Backpackers
Camera : Nikon D40x
Extra : Aku sgt teruja bila ke gunung ni. Sambil mendaki, aku tak henti2 rasa bersyukur pada tuhan sbb bg kesempatan pada aku utk melihat panorama indah dari puncak gunung, dpt aku lihat penghuni hutan belukar yang mungkin jarang2 org terokai. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Dan ada yang aku sndr tak sempat snap sambil2 mendaki. Keselamatan lebih penting. ^__^
ayu.shuhaimi

Ayu Love Nature - 2




























Location : Muar, Johor - Halaman Rumah Mak Ngah
Description : Ooo.. balik kampung, ooO.. balik kampung!
Camera : D40x
Extra : Syok je balik kampung, bole tangkap gamba bunga-bungaan. Macam2 jenis bunga, macam2 warna. Sama macam manusia. Ada macam2 rupa, ada macam2 perangai.
ayu.shuhaimi

;;

Template by:
Free Blog Templates