About Me

My photo
aku bagaikn anak kecil dan sebtg pena. penulisan yg ntah ape isinya. lakaran yg ntah ape coraknya. sekejap lonjong sekejap bulat. tetapi aku masih mahu menari-narikan pena ku. tari-tari isi hatiku +__+

Tuesday, May 26, 2009

Agak

Skang agak sgt malas mahu berblogging.
Tatau nape.
Agak malas.

Wednesday, May 20, 2009

Chipsmore



I want chipsmore!
I want chipsmore!

dikala kelaparan ini,
aku mahukan chipsmore
sekeping pun jadi lah!
arghhh!
tolongggggg....

Tuesday, May 19, 2009

Zaman Itu - Part II

(gambar hiasan)
zaman itu kita melakar kenangan
zaman itu kita juga berlari berpimpin tangan
zaman itu kita berkongsi makan dan minuman
zaman itu kita selalu minta bantuan

'mak tolong buat kan ini'
'mak tolong ikat kan rambut kami'
'mak tolong tunjukkan'
'mak kami nak makan'
zaman itu kita terlalu leka
dengan boneka dan kereta

zaman itu kita bersuka ria
dengan jajan dan gegula

andai kata diberi peluang
akan ku mohon zaman itu berulang
akan ku bayar smua hutang
walau seminit waktu terbuang
zaman itu zaman ku kenang!
____
ayushuhaimi

Zaman Itu - Part I


sebelum g mengaji (balik ngaji kena kejar anjing)


ayu + wan yaakob + wanie (kami membaca sajak bersama-sama kat tadika kemas)


ain + yat + ayu (2org bju merah dah kawin, bju biru belom lg. hehhe)


kami berposing. hehhahahha.

didie + wanie + ayu + tatau sape budak tu. (masing2 muka basi je. hahaha)
zaman kanak-kanak bersama kanak-kanak!
didi + ayu + wanie + along (cuti ke pulau singa besar rasanya.)
_______
the good old days!

Monday, May 18, 2009


Aku dan Rama


Hye, nama dia Rama. Kalau nk jumpa dia, bole g kat tandas awam kat lake garden sebelah taman herba. Dia akan dok lepak kat situ.
Hehhe.
Last saturday, aku g outing. Buat outdoor photography kat Lake Garden untuk my fren (tipah a.k.a miss iva) dengan tunang dia. Dorg nk kawin dah. Time tunggu dorg, aku lepak ngn Rama. Sembang punya sembang, kami semakin akrab. (sembang ke?) hahhahaa. Rasa nk curik Rama bawak balik umah pn ada. Hekehekehe.
Takpe Rama, next time lenkali kita jumpa lg oke?
Take Care - See ya!

*nnt kalau ada masa, aku upload gamba miss iva dan tunang!

ayushuhaimi

Sunday, May 17, 2009

3 Org Best di AF7


Aril AF7

Akim AF7


Yazid AF7
Actually aku minat 3org ni. Bkn sebab dorg lelaki ok. Stacy lg aku minat. Heheh. 3org ni, masing2 ada x-factor. Tp yg slalu ada fighter spirit, biasanya Aril dgn Akem je. Si Yazid mmg agak slow. Kalau soh tunjuk skill, dia asyik dok buat action kaki ke atas tu je. Nape je xnk tunjuk lebih sket. Tak pun masuk kn sket skill tu dlm lagu. kan kan? Aril tu xyah ckp ar. Blom niat dah buat punya org. Tp Aril mmg best. Akem mmg bnyk transformasi. Tgk je gamba sebelum dan selepas dia. Hekhekehkee. I'm yours mmg best gile. Toksik Aril pn best. Yazid? Ya Pa Pa? Hehhhe.
Ingat kan Aril akan jd juara. Aku dah bagai nk rak kat umah ckp aril juara. Tup2.. org lain lak juara. Bkn best sgt pn. Takat nyanyi je. Tade identity yg best. Huhuhu. Antara 2 ar. Akem ngn Aril yg aku harap akan menang. Si Yazid lg best, siap ckp.. kalau Yazid jd juara.. 'Habis hancur la dunia!' Muhahahahhaa. slumber je. cool ar//
Aril + Akem + Yazed = Best!
ayushuhaimi

Kandang Kenangan

satu hal yang aku paling tak suka..
kisah silam yang tak kan pernah kita kembali lg ke masa tu. kenangan2 silam yang smua org akan ingat sampai bile2. halnye,
kawan aku si kecik (gelaran utk dia) dok sibuk g upload gamba zaman2 uitm dulu. masing2 dok komen2 mengimbas kembali zaman2 dulu. yang aku, tengok gamba dgn penuh perasaan sampai kan meremang2 bulu roma. (teruja)
sbb aku sgt rindukan zaman dulu. terasa nk gelak2 beguling-guling pn ada, terasa nk menangis pn ada.
aku terasa mcm aku dlm kandang yang terkunci rapi. kemudian aku di bawa ke tempat2 dulu yang penuh dgn kenangan pada diri aku dan kawan2. zaman aku dan kawan2 mula bertapak untuk hidup. zaman2 awal remaja kami. tp aku cuma terkurung dlm kandang kenangan, tp tak dpt kembali kenangan tu.
terasa sgt lah tension. sbb jiwa ku meronta2 utk ke masa silam. dpt pegi sekejap pn jadi la. tp.., smua nya tak mungkin akan terjadi. mati idup balik pn aku (dan smua org) tak kan dpt kembali ke waktu dulu.

*aku yang sgt rindukan zaman dulu. sob.. sob..
AD110 / AD111

ayushuhaimi

Lelaki dan Wanita

Curik dgn keizinan tuan punya blog (http://mya-sakura.blogspot.com)

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya (ini, sgt saya)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! (tapi tidak saya) hehe.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (Bnyk main pn tak bagus jugak!)

12. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

13. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

14. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

15. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

16. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

17. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

18. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

19. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

20. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

21. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

22. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

^______^

Ia Tetap Disitu

salahkah awan putih itu?
salahkah awan gelap mengandung hujan?
salahkah langit yang tidak selalu cerah?
salahkah bila langit cerah lalu ia terik memanas?
hilangkah dia dilangit mlm?
hilangkah relungannya ditelan tabir malam?
ia tetap disitu..

*tiada salahnya. cuma, ingin ianya tetap kelihatan.

ayushuhaimi

Friday, May 15, 2009

Orghh!

arghhh! lepas aku letak templet baru ilang smua dh links aku. ahhh! tension.

ayushuhaimi

Thursday, May 14, 2009

Award Dari Miss Iva

Actually aku tak brape pasti motif game award ni. Ni smua dari Miss Iva (http://missivasaionji.blogspot.com/) dia yang mempengaruhi aku buat mende ni. Anyway, thx. Aku on je. Bkn ada masalah ape pun kalau buat ni. hehehe. ^_^

Syarat2 menerima Award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
- pasti.

2. Copy badge sebagai award anda
- sudey.

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
- sbb perempuan akan jd ibu kepada anak2.
- sbb perempuan akan jd isteri kepada suami.
- sbb perempuan adalah kaum yang mulia.
- sbb perempuan bole make-up cantik2.
- sbb perempuan bynk aksesori comel2.
- sbb perempuan bole ngade2.
- sbb perempuan pun bole buat ape yang lelaki bole buat! ^__________^

4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda
- maaf saya tak brape nk ada girl-friends kat blog.

ayushuhaimi

BBQ Kat Umah Mak Lang

Ahli Jawatankuasa:
Mak - mastermind
Kak Effa - tukang kipas
Janggot - mastermind bakar sampai hangus
Ayu - tukang alih2
Akem - budak nangis a.k.a tukang sibok
Kak Yang - tukang buat air
Mak Lang - chef air asam
Pak Lang - the wireman
Adik - tukang kemas2
Ecah - tukang amek barang
Abah - tolong sket2
Putra - tdo dlm umah!


ahli-ahli bbq 2009








sape la yang bakar ayam sampai hangus ni?


jeng! jeng! jeng! si cantik dtg menyibok..



wah! berapi nmpk? :p


tukang masak sampai hangus!



petang yang menyeronokkan. kirenya lebih kurang mcm sesi riadah bersama keluarga ar. khekehke. kerang bakar la yang paling best! + dengan air asam mak lang. siap tapaw bawak balik. hehehe. next time bole buat activiti mcm ni lg kot? ajak ramai2! =D
ayushuhaimi

B'day Along 5/5/09

Nama : Ahmad Shaiful Anuar Ahmad Shuhaimi
Tarikh Lahir : 05hb 05, 1982


kek dari isteri (zahifa) kami tumpang je..


anak dan bapak yang bolat-bolat


yeay! tiop lilin


putra nk terkam kek hari jadi papa dia


semakin teruja tgk kek (dia bkn tau pn itu adalah kek)


one happy family + ntah anak sape sesat (akem) :p


mak bapak suap2, si anak tutup telinga tanda protes kot?


suap si bolat pertama kali mkn kek!


suap skali pasti nk lg, sampai gigit jari mama dia


si bolat buat muka cool, sdg kan lepas gamba ni.. dia menangis kuat2. ingat nk ape. rupanya nk kek! suap kek terus dia diam. kehekhek 'nak kek papaaaaaaa!' ^_^

*hepy bday along! moga panjang umo dimurahkan rezeki.

ayushuhaimi

Tiada Bertemu


Aku masih bernyawa,
terus dikasihi manusia,
kini aku punyai keluarga,
tetap tegar untuk membela,
walau aku kau abaikan,
aku meniti jalan kehidupan,
berbekalkan darah dan dagingmu,
kita hidup tiada bertemu..

ayushuhaimi

Aohok! Aohokk!

Gelap gelita berwarna buta,
bingit geseran kipas longgar,
loceng kuceng ku berbunyi,
ke dapur agaknya ia berlari,
makan malam barangkali..

Sejenak aku mengelamun,
mula memirikkan tentang takdir,
kehadiran yang datang dan pergi,
bersilih ganti pabila dikasihi..

Aohok! Aohokk!
batuk kecil di bahu,
dia sudah lena disebelahku,
tinggal kini aku dan kuceng termanggu,
mengira biri-biri satu persatu..

ayushuhaimi

Wednesday, May 13, 2009

Sejuk Oh!

arini, time ni, skang ni, aku sgt terasa sejuk yang hampir beku. sbb nye, budak2 ni g bukak corong aircond atas pala aku ni. nk tak nk, aku terpaksa besabar sbb, kalau tidak.. kami smua kepanasan dlm office ni. tp.. yg beku nye aku. dem!

location : healthtronics (m) sdn. bhd.
mood : beku

Thursday, May 7, 2009

Mati Hidup Kembali


(dia anak yang ditinggal ibubapa)

jalan raya telampau sunyi
untuk ku terus bermimpi
mata ku belum mengantuk lagi
bawa ke mana saja ku pergi
tunjukkan ku bulan gerhana
tiada siapa nak ku jumpa
bende yang tiada ku sangka, ada
oh tak mengapa
oh tak mengapa

walau semalam gundah gulana
hari ini hari mulia
tak pernah daku rase begini
seperti mati hidup kembali
bawa ku hilang dari ingatan
hari ini sehingga esok
tak pernah daku rase begini
seperti mati hidup kembali

angkase kena dengan dunia
ku capai sebelah tangan
disebalik awan ada cahaya
bercahaya lah selamanya
daku tertawa seorang diri
darah yang mengalir terhenti
fikiran ku melayang layang
tiada siapa yang perasan

walau semalam gundah gulana
hari ini hari mulia
tak pernah daku rase begini
seperti mati hidup kembali
bawa ku hilang dari ingatan
hari ini sehingga esok
tak pernah daku rase begini
seperti mati hidup kembali
kembali

butterfingers

*love this song! -ayushuhaimi

Bagan Lalang, Sepang








Location : Bagan Lalang, Sepang
Camera : Nikon D40x
Extra : Picnic oh picnic

;;

Template by:
Free Blog Templates