About Me

My photo
aku bagaikn anak kecil dan sebtg pena. penulisan yg ntah ape isinya. lakaran yg ntah ape coraknya. sekejap lonjong sekejap bulat. tetapi aku masih mahu menari-narikan pena ku. tari-tari isi hatiku +__+

Tuesday, February 10, 2009

Lulu Sayang

lulu sayang
pergi mu aku kenang
manja mu aku terbayang
walau hati tak tenang

lulu sayang
sejuk bayu cuaca pagi
di tgh jln kau berdiri
agak lama aku memerhati
cepat kau berlari-lari
pada aku kau hampiri
sepertinya kau meminta simpati
'ayu, tolong bawa aku pergi'

lulu sayang
ingatkah kamu disuatu ketika
kita berjalan bersama-sama
merayau-rayau di kota
sampai kamu terlelap mata

lulu sayang
tubuhmu kecil ditapak tangan
aku usap kamu dengan senyuman
geletek perut mu kau cuba melawan
mengigit aku mengigit kawan

lulu sayang
pernah aku cerita padamu walau kamu haiwan
kamu punya seekor teman
sama namamu tinggalnya di kuantan
dijaga oleh seorang insan
yang turut berkongsi perasaan

lulu sayang
aku titis air dihujung jari
kau kelihatan dahaga sekali
perlahan aku usapi dahi
kamu pulang kehadrat Illahi
pergimu tak kan kembali
pergimu aku temani
hingga kamu hembus nafas akhir dimalam sepi
hatiku sayu menangis lagi
hatiku rajuk bila kau pergi
tingaalkan aku seorang diri

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates