About Me

My photo
aku bagaikn anak kecil dan sebtg pena. penulisan yg ntah ape isinya. lakaran yg ntah ape coraknya. sekejap lonjong sekejap bulat. tetapi aku masih mahu menari-narikan pena ku. tari-tari isi hatiku +__+

Tuesday, February 10, 2009

Buat Dia Si Radarhati

sumpah aku tak mengerti
apa yg tersirat dihati
irama bisu apa yg sdg kau tari
lagaknya seperti berteka teki

sering kali kau cuba melangkah ketepi
mencari apa aku sendiri tak pasti
batu yg kau kutip, kau lambung tinggi-tinggi
tp batu jatuh terkena pada kau sendiri

puas aku menjerit
ketepi! ketepi!
sila bgn dan pergi!
batu akan jatuh lagi!

kau pandang lalu bersahaja
mungkin kau fikir aku berpujangga
meluahkan sesuatu dgn jerit suara
dan disaat itu batu jatuh dikepala
mula kau kata, kau perlukan masa

hmm..
jauh disudut hati
ingin aku menjerit lagi

bgn dan berdiri!
lontarkan apa yg ada dlm hati!
jujur pada yg jujur sampai mati!
lari lah kau mencari temanhati!
nun jauh disebuah negeri!

kerana temanhati kau percaya
satu hari kelak kau akan berjaya
mencapai kehendak dan cita
temanhati akan turut berbangga
biarpun dia terluka

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates