About Me
- ayushuhaimi
- aku bagaikn anak kecil dan sebtg pena. penulisan yg ntah ape isinya. lakaran yg ntah ape coraknya. sekejap lonjong sekejap bulat. tetapi aku masih mahu menari-narikan pena ku. tari-tari isi hatiku +__+
Thursday, December 24, 2009
pusing kiri,
pusing kanan,
terasa sini,
terasa sana..
lenguh, letih, lesu
berdiri tegak terdiam kaku
menggeliat geliat aku
meletup letup satu persatu
mula terasa tak bermaya
kerja tetap diteruskan juga
carik duit kawin katanya
mata buntu tanpa rasa
mahu tidur atau berjaga?
tepuk dada tanya selera.
3:23am
*esok mau bekerja lg kemudian betolak ke taiping!
daa!
ayu
Sunday, December 20, 2009
Pagi ni aku merasakan 'terlalu ramai manusia yg suka menyibuk untuk berfikir sama ttng sesuatu yg mereka sndr tidak tahu' (mungkin mereka tak ada keja lain).
Aku, keluarga, kawan2 rapat.. yg cuma faham tentang situasi 'mahkluk yg Tuhan amanatkn utk menjaga dan mendidik'. Dari dia masih kecik dan jahil tentang sikap2 untuk menjadi manusia biasa. Membebaskan dia dari dunia hitam asal usulnya. Perangai yang tidak sepatutnya kanak2 seusia dia lakukan. (shut up ur mouth if u know nothing)
Yang cuma melihat.. baik duduk diam dan berfikir tentang pakaian dalam sendiri dan tak perlu persusah payah utk bercerita tentang sesuatu yang luar kawalan diri sndr. Mungkin ada topik lain yang sesuai untuk dijadikan tajuk bg memenuhi ruang entry blog.
*biar lenyap.
shut!
sbrnya aku dh malas nk berblog memandangkan skang sgt busy.
tp disebabkan info dr miss iva, aku baca satu blog.
tak kenal owner blog tp tau yg mana satu dia.
bole baca entry dia yg ni.
sgt pandai berkata2 tntng sesuatu hal yg dia tak tau hujung pangkal.
lantak.
mungkin dia psyco!
kesian..
http://sarah-al-idrus.blogspot.com
sini..
*pd kawan2 readers.. bukak entry aku yg lama2.. then u'll know siapa budak tu to me. thx!
Friday, June 26, 2009
Sunday, June 21, 2009
Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluarga tersebut pun berkata,
Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...
Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!
mampus. khekeee.
Monday, June 1, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Wednesday, May 20, 2009
Labels: chipsmore
Tuesday, May 19, 2009
zaman itu kita berkongsi makan dan minuman
Labels: zaman kanak-kanak
sebelum g mengaji (balik ngaji kena kejar anjing)
ayu + wan yaakob + wanie (kami membaca sajak bersama-sama kat tadika kemas)
ain + yat + ayu (2org bju merah dah kawin, bju biru belom lg. hehhe)
kami berposing. hehhahahha.
Labels: zaman kanak-kanak
Monday, May 18, 2009
Aku dan Rama
Hye, nama dia Rama. Kalau nk jumpa dia, bole g kat tandas awam kat lake garden sebelah taman herba. Dia akan dok lepak kat situ.
Hehhe.
Last saturday, aku g outing. Buat outdoor photography kat Lake Garden untuk my fren (tipah a.k.a miss iva) dengan tunang dia. Dorg nk kawin dah. Time tunggu dorg, aku lepak ngn Rama. Sembang punya sembang, kami semakin akrab. (sembang ke?) hahhahaa. Rasa nk curik Rama bawak balik umah pn ada. Hekehekehe.
Takpe Rama, next time lenkali kita jumpa lg oke?
Take Care - See ya!
*nnt kalau ada masa, aku upload gamba miss iva dan tunang!
ayushuhaimi
Labels: lake garden, monyet, taman tasik perdana
Sunday, May 17, 2009
satu hal yang aku paling tak suka..
kisah silam yang tak kan pernah kita kembali lg ke masa tu. kenangan2 silam yang smua org akan ingat sampai bile2. halnye,
kawan aku si kecik (gelaran utk dia) dok sibuk g upload gamba zaman2 uitm dulu. masing2 dok komen2 mengimbas kembali zaman2 dulu. yang aku, tengok gamba dgn penuh perasaan sampai kan meremang2 bulu roma. (teruja)
sbb aku sgt rindukan zaman dulu. terasa nk gelak2 beguling-guling pn ada, terasa nk menangis pn ada.
aku terasa mcm aku dlm kandang yang terkunci rapi. kemudian aku di bawa ke tempat2 dulu yang penuh dgn kenangan pada diri aku dan kawan2. zaman aku dan kawan2 mula bertapak untuk hidup. zaman2 awal remaja kami. tp aku cuma terkurung dlm kandang kenangan, tp tak dpt kembali kenangan tu.
terasa sgt lah tension. sbb jiwa ku meronta2 utk ke masa silam. dpt pegi sekejap pn jadi la. tp.., smua nya tak mungkin akan terjadi. mati idup balik pn aku (dan smua org) tak kan dpt kembali ke waktu dulu.
*aku yang sgt rindukan zaman dulu. sob.. sob..
AD110 / AD111
ayushuhaimi
Curik dgn keizinan tuan punya blog (http://mya-sakura.blogspot.com)
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya (ini, sgt saya)
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! (tapi tidak saya) hehe.
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (Bnyk main pn tak bagus jugak!)
12. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
13. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
14. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
15. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
16. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
17. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
18. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
19. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
20. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
21. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
22. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
^______^
salahkah awan putih itu?
salahkah awan gelap mengandung hujan?
salahkah langit yang tidak selalu cerah?
salahkah bila langit cerah lalu ia terik memanas?
hilangkah dia dilangit mlm?
hilangkah relungannya ditelan tabir malam?
ia tetap disitu..
*tiada salahnya. cuma, ingin ianya tetap kelihatan.
ayushuhaimi
Friday, May 15, 2009
arghhh! lepas aku letak templet baru ilang smua dh links aku. ahhh! tension.
ayushuhaimi
Thursday, May 14, 2009
Actually aku tak brape pasti motif game award ni. Ni smua dari Miss Iva (http://missivasaionji.blogspot.com/) dia yang mempengaruhi aku buat mende ni. Anyway, thx. Aku on je. Bkn ada masalah ape pun kalau buat ni. hehehe. ^_^
Syarat2 menerima Award ini:
1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
- pasti.
2. Copy badge sebagai award anda
- sudey.
3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
- sbb perempuan akan jd ibu kepada anak2.
- sbb perempuan akan jd isteri kepada suami.
- sbb perempuan adalah kaum yang mulia.
- sbb perempuan bole make-up cantik2.
- sbb perempuan bynk aksesori comel2.
- sbb perempuan bole ngade2.
- sbb perempuan pun bole buat ape yang lelaki bole buat! ^__________^
4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda
- maaf saya tak brape nk ada girl-friends kat blog.
ayushuhaimi
Ahli Jawatankuasa:
Mak - mastermind
Kak Effa - tukang kipas
Janggot - mastermind bakar sampai hangus
Ayu - tukang alih2
Akem - budak nangis a.k.a tukang sibok
Kak Yang - tukang buat air
Mak Lang - chef air asam
Pak Lang - the wireman
Adik - tukang kemas2
Ecah - tukang amek barang
Abah - tolong sket2
Putra - tdo dlm umah!
ahli-ahli bbq 2009
Nama : Ahmad Shaiful Anuar Ahmad Shuhaimi
Tarikh Lahir : 05hb 05, 1982
kek dari isteri (zahifa) kami tumpang je..
anak dan bapak yang bolat-bolat
yeay! tiop lilin
putra nk terkam kek hari jadi papa dia
semakin teruja tgk kek (dia bkn tau pn itu adalah kek)
one happy family + ntah anak sape sesat (akem) :p
mak bapak suap2, si anak tutup telinga tanda protes kot?
suap si bolat pertama kali mkn kek!
suap skali pasti nk lg, sampai gigit jari mama dia
si bolat buat muka cool, sdg kan lepas gamba ni.. dia menangis kuat2. ingat nk ape. rupanya nk kek! suap kek terus dia diam. kehekhek 'nak kek papaaaaaaa!' ^_^
*hepy bday along! moga panjang umo dimurahkan rezeki.
ayushuhaimi
Gelap gelita berwarna buta,
bingit geseran kipas longgar,
loceng kuceng ku berbunyi,
ke dapur agaknya ia berlari,
makan malam barangkali..
Sejenak aku mengelamun,
mula memirikkan tentang takdir,
kehadiran yang datang dan pergi,
bersilih ganti pabila dikasihi..
Aohok! Aohokk!
batuk kecil di bahu,
dia sudah lena disebelahku,
tinggal kini aku dan kuceng termanggu,
mengira biri-biri satu persatu..
ayushuhaimi
Wednesday, May 13, 2009
arini, time ni, skang ni, aku sgt terasa sejuk yang hampir beku. sbb nye, budak2 ni g bukak corong aircond atas pala aku ni. nk tak nk, aku terpaksa besabar sbb, kalau tidak.. kami smua kepanasan dlm office ni. tp.. yg beku nye aku. dem!
location : healthtronics (m) sdn. bhd.
mood : beku
Thursday, May 7, 2009
(dia anak yang ditinggal ibubapa)
jalan raya telampau sunyi
untuk ku terus bermimpi
mata ku belum mengantuk lagi
bawa ke mana saja ku pergi
tunjukkan ku bulan gerhana
tiada siapa nak ku jumpa
bende yang tiada ku sangka, ada
oh tak mengapa
oh tak mengapa
walau semalam gundah gulana
hari ini hari mulia
tak pernah daku rase begini
seperti mati hidup kembali
bawa ku hilang dari ingatan
hari ini sehingga esok
tak pernah daku rase begini
seperti mati hidup kembali
angkase kena dengan dunia
ku capai sebelah tangan
disebalik awan ada cahaya
bercahaya lah selamanya
daku tertawa seorang diri
darah yang mengalir terhenti
fikiran ku melayang layang
tiada siapa yang perasan
walau semalam gundah gulana
hari ini hari mulia
tak pernah daku rase begini
seperti mati hidup kembali
bawa ku hilang dari ingatan
hari ini sehingga esok
tak pernah daku rase begini
seperti mati hidup kembali
kembali
butterfingers
*love this song! -ayushuhaimi
Labels: lirik butterfingers, mati hidup kembali