About Me

My photo
aku bagaikn anak kecil dan sebtg pena. penulisan yg ntah ape isinya. lakaran yg ntah ape coraknya. sekejap lonjong sekejap bulat. tetapi aku masih mahu menari-narikan pena ku. tari-tari isi hatiku +__+

Sunday, May 17, 2009

Lelaki dan Wanita

Curik dgn keizinan tuan punya blog (http://mya-sakura.blogspot.com)

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya (ini, sgt saya)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! (tapi tidak saya) hehe.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (Bnyk main pn tak bagus jugak!)

12. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

13. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

14. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

15. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

16. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

17. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

18. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

19. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

20. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

21. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

22. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

^______^

1 comments:

Miss Wannie said...

15. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

kesimpulannye...lelaki jgn suka2 buat andaian sendiri...hahahahaha

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates